RSS : Articles / Comments


Buletin Edisi (2)

01.26, Posted by PKPMI-CPB 2010/2011, One Comment

Edisi (2)

MUQADDIMAH - KATA -KATA ALUAN

21.53, Posted by PKPMI-CPB 2010/2011, No Comment

Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh;

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam; Selawat dan Salam ke atas Rasulullah SAW, Rahmat ke seluruh Alam; Juga kepada ahli keluarga baginda dan para sahabat r.a. yang mengikut jejak mereka sebagaimana telah bertebaran di merata alam; dan juga sekalian mukmin yang ikhlas memperjuangkan agama suci ini demi kesejahteraan umat sejagat .

Alhamdulillah…. Bersyukur kehadrat Allah s.w.t dengan izinNya… memberikan al-faqir dan rakan persejuangan selaku Exco Dakwah & Pendidikan PKPMI-CPB 2009/2010 menjadikan ruang blog buletin bagi PKPMI-cpb ini sebagai wadah menyampaikan risalah M.I.S.I (Majllis Ilmu Siswa) yang meliputi wancana ilmiah dan Inzar buat sahabat dan tazkirah didalam kita mendalami ilmu Agama serta mengamalkanNya dalam kehidupan seharian. moga kita menjadi orang pilihan Allah didalam memperjuangkan agamaNya dan mendapat redhaNya.

Terbaca al-faqir akan ungkapan Syair Ahmad Syauqi (dengan julukkan amir syu’ara) ia seorang penyair yang lahir dan wafat di kairo, Mesir. Di antara Ungkapannya:

فَاطْلُبُوْا الْعِلْمِ لِذَاتِ الْعِلْمِ لاَ * لِشَهَادَاتٍ وَأَرَابُ أُخَرَ
Carilah ilmu untuk ilmu itu sendiri, bukan untuk memperoleh ijazah dan tujuan-tujuan lain

Jesteru itu al-faqir berharap kepada teman-teman yang seperjuangan sama-sama membantu didalam kita menghidupkan manhaj ilmu kepada sahabt-sahabat kita di bumi Lanjang Kuning Riau mahupun di tempat lainnya.Moga apa kerja yang kita lakukan ini mendapat taufiq dan redhaNya .. Amiin.. moga apa yang disampaikan dib log ini memberi manfaat dan bahtera pembaharuan bagi kita bersama.

Wallahu ‘alam

Al-Faqir ilallah al-Ghani
Muhammad Yasir Bin Abdullah
Exco Dakwah & Pendidikan PKPMI-CPB
Sesi 2009/2010

Buletin Edisi Pertama (1)

01.29, Posted by PKPMI-CPB 2010/2011, No Comment

Edisi (1)
Klik pada gambar

p/S : Kami mempersilakan kepada pengunjung jika mahu mencopy mana2 bahan blog buletin ini .. moga bermanfaat sekaliannya..